X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 17 Januari 2022

Mayat lelaki ditemui tepi jalan, disyaki mangsa kemalangan

Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui di tepi jalan berhadapan deretan kedai Jalan SS 14/2, Subang Jaya pada malam Rabu lepas.
A
A

SUBANG JAYA - Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui di tepi jalan berhadapan deretan kedai Jalan SS 14/2, di sini pada malam Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, mangsa merupakan seorang lelaki dipercayai warga tempatan.

"Mangsa dipercayai berumur lingkungan 19 tahun.

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian, mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian belakang kepala dan beberapa kesan geseran di bahagian belakang badan mangsa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibedah siasat oleh bahagian Pathologi Hospital Shah Alam pada Jumaat.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan menjelaskan sebab kematian mangsa adalah kecederaan di kepala akibat kemalangan jalan raya.

"Kes diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk tampil memberi keterangan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Abdul Nasser Peping di talian (012-286 3875)," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!