Sila log masuk terlebih dahulu.

Enam negeri selesai pembayaran Bantuan Wang Ihsan: Nadma

Pembayaran Bantuan Wang Ihsan di Perak, Terengganu, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan selesai 100 peratus. - Foto Bernama
Pembayaran Bantuan Wang Ihsan di Perak, Terengganu, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan selesai 100 peratus. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Enam negeri iaitu Perak, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan selesai 100 peratus pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir, setakat pagi Jumaat.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan memaklumkan, negeri-negeri lain termasuk Pahang dan Selangor untuk tempoh sama, masing-masing mencatatkan peratusan agihan BWI sebanyak 96.4 dan 97 peratus daripada jumlah KIR yang terkesan.

Sehingga 12 tengah hari Jumaat, dua negeri dilaporkan masih terjejas dengan bencana banjir melibatkan tiga daerah di Johor dan satu daerah di Sarawak.

Menurut agensi itu, seramai 339 mangsa daripada 91 KIR direkodkan masih berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS). - Bernama

Artikel Berkaitan: