Sila log masuk terlebih dahulu.

Lelaki ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta

Mangsa berjaya dikeluarkan dan dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
Mangsa berjaya dikeluarkan dan dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta berdekatan sebuah pejabat pusat jualan syarikat perumahan di sini sebelum berjaya diselamatkan pada Khamis.

Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, dia ternampak sebuah kereta jenis Toyota Vios dalam keadaaan mencurigakan diparkir jauh dari laluan orang ramai berdekatan pejabat tersebut.

Menurutnya, apabila diperiksa, terdapat seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu dalam keadaan kereta berkunci.

"Kami cuba panggil dan ketuk pintu, namun tiada maklum balas," katanya.

Mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa bagi meminta bantuan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.47 pagi dan sampai ke lokasi pada jam 9.01 pagi.

Artikel Berkaitan:

Keadaan kereta mangsa diparkir agak jauh dari laluan awam.
Keadaan kereta mangsa diparkir agak jauh dari laluan awam.

Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat mangsa terperangkap dalam keadaan separa sedar di dalam kereta tersebut.

"Ketika itu, pasukan polis telah tiba dan pintu kereta berjaya dibuka bagi membolehkan mangsa dibawa keluar.

"Mangsa dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani menggunakan Unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS),"katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan siasatan lanjut sedang dijalankan.