Wanita antara lima ditahan miliki dadah

Mohd Zaid
Mohd Zaid
A
A
A

KAJANG - Lima individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki memiliki dadah dalam serbuan di sebuah premis di Saujana Impian di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kesemua individu berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kajang pada jam 10 malam.

Menurutnya, dalam serbuan itu polis turut merampas satu peket plastik disyaki dadah heroin dan sembilan peket plastik disyaki dadah syabu dianggarkan bernilai RM7,127.

"Kesemua tangkapan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

"Hasil saringan awal ujian air kencing terhadap semua suspek didapati positif dadah dan kesemua mereka juga mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) akta yang sama.

Artikel Berkaitan: