Remaja dimandikan seperti jenazah dijel 10 hari, denda RM4,000

Seorang remaja yang videonya tular di media sosial kerana dimandikan seperti 'jenazah' akibat cuba mencuri tabung masjid dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang pada Khamis. - Foto Bernama

A
A
A

SELAYANG - Seorang remaja yang tular selepas dijirus air mengikut prosedur mandi jenazah dipenjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana cuba mencuri tabung masjid lima hari lalu.

Daniel Iskandar, 19, yang juga penganggur dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap iaitu 9 Januari lalu dan tambahan jel lima bulan, jika gagal membayar denda tersebut.

Sebelum menjatuhi hukuman, Majistret Nik Mohd Fadli menegur tindakan tertuduh bahawa mencuri merupakan satu kesalahan.