Moyes mahu West Ham konsisten kukuh kedudukan

Penyerang West Ham, Jarrod Bowen (depan), mengawal bola melepasi pertahanan Norwich City pada Khamis. - Foto AFP
Penyerang West Ham, Jarrod Bowen (depan), mengawal bola melepasi pertahanan Norwich City pada Khamis. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI West Ham United, David Moyes mahu kesebelasan The Hammers terus mempamerkan aksi konsisten mencatatkan kemenangan dalam usaha mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Menurut Moyes, saingan EPL musim ini dilihat agak sukar berbanding musim lalu dan ia menuntut pemain untuk terus melakar kemenangan.

“Memang mudah untuk mengatakan kita perlu mencatatkan kemenangan, tetapi hakikatnya ia agak sukar untuk dilakukan.

“Setelah bermula baik musim ini, saya tidak pernah menjangkakan kita akan ‘tercicir’ untuk seketika, tetapi secara jujur saya perlu mengakui bahawa saingan pada musim ini memang agak sukar.

“Untuk itu, sudah pasti kita tidak akan melupakan aksi berdepan Wolves, Leicester City, Arsenal, Tottenham Hotspur dan Manchester United yang menyaksikan kita berdepan dengan kesukaran,” katanya.

Untuk rekod, West Ham kini berada pada kedudukan keempat EPL dengan meraih 37 mata setelah mengharungi 21 perlawanan hasil kemenangan 2-0 ke atas Norwich City pada Khamis menerusi dua gol daripada Jarrod Bowen.

Mengulas kejayaan menewaskan Norwich 2-0 pada Khamis, Moyes menegaskan dia sememangnya berpuas hati dengan kemenangan berkenaan dan berharap ia berterusan selepas ini.

"Inilah yang saya maksudkan dengan konsisten. Walaupun kelihatan sukar, tetapi kita perlu terus mencatatkan kemenangan.

Artikel Berkaitan:

“Contohnya, pada perlawanan dengan Norwich di mana kita berjaya melakukannya walaupun dengan masalah kecederaan pemain termasuk pemain yang disahkan positif Covid-19 dan tidak boleh beraksi,” katanya.