Dr Noor Hisham, Abang Viva diiktiraf Nona Superhero Award 2021

Azwan (dua dari kanan) ketika menerima Nona Superhero Award 2021 yang disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (dua dari kiri) pada Rabu.
Azwan (dua dari kanan) ketika menerima Nona Superhero Award 2021 yang disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (dua dari kiri) pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima anugerah utama dalam pengiktirafan Nona Superhero Award 2021 pada Rabu.

Turut menerima pengiktirafan utama itu ialah Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva atas inspirasi diberikannya dalam membantu mangsa banjir di dalam negara.

Anugerah Nona Superhero yang buat julung-julung kalinya bagi mengiktiraf kecemerlangan dan prestasi lelaki ikonik di Malaysia itu merupakan kesinambungan daripada Nona Superwoman Award.

Dengan membariskan lelaki unggul yang menjadi pencetus revolusi Malaysia sepanjang 2021, anugerah pengiktirafan itu dibahagikan kepada 21 kategori meliputi pelbagai latar belakang dan kerjaya.

Artikel Berkaitan: