X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Serbegeth 'Shebby' Singh meninggal dunia ketika berbasikal

Mendiang Serbegeth atau juga dikenali sebagai Shebby, yang berusia 61 tahun difahamkan mengalami kesesakan nafas ketika menjalani aktiviti berbasikal. - Foto Awani
A
A

[DIKEMAS KINI] LEGENDA bola sepak negara, Serbegeth Singh dilaporkan meninggal dunia hari ini pada usia 61 tahun.

Mendiang yang lebih dikenali dengan nama Shebby, difahamkan mengalami kesesakan nafas ketika menjalani aktiviti berbasikal.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Beliau berkata, polis juga sedang mendapatkan laporan penuh berhubung kejadian itu bagi membantu siasatan.

Untuk rekod, Shebby yang lahir pada 20 Ogos 1960 merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari 1978 hingga 1996.

Selain itu, beliau juga merupakan kapten Kuala Lumpur F.A dan pernah membantu pasukan warga kota itu menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada tahun 1987, 1988 dan 1989 serta Piala FA Malaysia dan kejohanan Liga Malaysia.

Selepas bersara daripada menjadi seorang pemain, Shebby juga pernah bergelar sebagai seorang jurulatih untuk pasukan MyTeam yang merupakan sebuah pasukan bola sepak realiti TV pada tahun 2006-2007 dan juga kelab Telekom Melaka.

Shebby juga pernah dilantik sebagai Penasihat Global dan Pengarah Bola Sepak Blackburn Rovers F.C. yang merupakan sebuah kelab bola sepak terkemuka di Liga Inggeris satu ketika dahulu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!