Berhati-hati mesej tawar pekerjaan, ganjaran palsu: Shopee

No Image Caption
A
A
A

SHOPEE menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap individu yang menyamar sebagai pekerja Shopee di atas talian yang menawarkan peluang pekerjaan, ganjaran wang tunai dan hadiah cabutan bertuah melalui platform pesanan seperti WhatsApp.

Dalam satu kenyataan, Shopee berkata, pihak tidak mengupah mana-mana pihak untuk mengambil pekerja baharu melalui platform pesanan untuk tujuan 'meningkatkan kadar pendedahan peniaga'.

Selain itu, Shopee hanya akan menganjurkan peraduan seperti "Cabutan Bertuah", "Tekan dan Menang" dan "Putar dan Menang" melalui aplikasi Shopee rasmi, halaman media sosial Shopee rasmi dan akaun perniagaan WhatsApp Shopee rasmi yang mempunyai tanda "disahkan".

Shopee ingin mengingatkan rakyat Malaysia untuk mengelakkan diri daripada sindiket penipuan ini dan tidak menjadi mangsa kepada tawaran pekerjaan atau ganjaran palsu.

Sekiranya terdapat sesiapa yang ditawarkan peluang pekerjaan atau peraduan yang mencurigakan atau telah menjadi mangsa sindiket-sindiket penipuan seperti ini, sila hubungi balai polis berdekatan dan buat laporan polis dengan segera.

Shopee akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang relevan dalam menangani sindiket-sindiket penipuan ini.

Untuk peluang pekerjaan sila layari https://careers.shopee.com.my dan hubungi hr.my@shopee.com.

Jika ragu-ragu sila hubungi talian khidmat pelanggan di +603 2777 9222 atau emel help@support.shopee.com.my untuk pengesahan.

Untuk maklumat terkini tentang sindiket, sila layari laman mikro kesedaran jenayah siber https://shopee.com.my/m/online-shopping-safety-tips.

Artikel Berkaitan: