'Vaksin 'MM' bukan syarat masuk Arab Saudi'

Tangkap layar Instagram milik Abu Syafiq pada Selasa.
Tangkap layar Instagram milik Abu Syafiq pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Penceramah bebas yang dikenali sebagai Abu Syafiq menjelaskan bahawa vaksin pada hantarannya di Instagram sebelum ini adalah vaksin meningococcal meningitis (vaksin MM).

Menerusi hantaran terbaharu di Instagramnya, beliau berkata, vaksin MM tidak menjadi syarat untuk masuk ke Arab Saudi.

“Alhamdulillah. Vaksin MM memang tidak menjadi syarat dah untuk masuk Saudi termasuk Mekah/Madinah. Melompat satu Malaysia cari apa itu vaksin MM.

“Vaksin MM adalah vaksin meningococcal meningitis. Yang dulu orang pergi umrah dapat buku oren kuning.

“Vaksin tu dah pupus. Mungkin terlalu banyak ‘telan’ jenis vaksin otak mudah lupa kot,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa.

Pada Isnin, Abu Syafiq mengakui bahawa beliau tidak divaksin dan membawa jemaah tidak divaksin ke Arab Saudi.

Pengakuan secara terbuka itu dikongsikan di laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: