Rakyat Malaysia pertama dilantik Pengerusi Konvensyen dan Pameran WTCA

Irmohizam
Irmohizam
A
A
A

SHAH ALAM - Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi Konvensyen dan Pameran (C&E) Majlis Anggota Penasihat (MAC) World Trade Centers Association (WTCA) yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat.

WTCKL dalam kenyataan pada Selasa memberitahu, Irmohizam merupakan individu pertama di Malaysia yang dilantik menyandang jawatan tersebut selepas WTCA digabungkan menjadi sebuah kumpulan global dunia.

"Sebelum ini WTCA membahagikan C&E MAC kepada beberapa buah wilayah iaitu Asia Pasifik, Amerika dan Eropah, Asia Barat dan Afrika.

"Penggabungan ini akan dapat meningkatkan penyertaan acara perniagaan, pameran dan konvensyen dari seluruh anggota WTCA selain turut berharap dapat memberi manfaat kepada seluruh dunia melalui kerjasama mempelbagaikan perkhidmatan industri acara perniagaan setelah terjejas akibat pandemik Covid-19," katanya.

Dalam pada itu Irmohizam turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah WTCA serta kepimpinan World Trade Center yang memberi keyakinan kepadanya memimpin sebuah organisasi dunia.

"Sebagai rakyat Malaysia dan bumiputera pertama yang menyandang jawatan tertinggi dalam mempengerusikan industri konvensyen dan pameran di dunia, saya amat berharap imej negara dapat dilihat secara serius dan positif melalui lebih banyak kerjasama dalam kalangan ahli WTCA," ujarnya.

Artikel Berkaitan: