United masih belum sempurna

McTominay meraikan jaringan tunggal perlawanan ketika membantu pasukannya menewaskan Villa.
McTominay meraikan jaringan tunggal perlawanan ketika membantu pasukannya menewaskan Villa.
A
A
A

PENGENDALI sementara Manchester United, Ralf Rangnick mengakui pasukannya masih belum sempurna meskipun berjaya mara ke pusingan keempat Piala FA selepas menewaskan Aston Villa 1-0 awal pagi tadi.

Bagaimanapun menurut Rangnick, kemenangan yang diraih United tanpa dibolosi oleh lawan adalah sesuatu yang boleh dibanggakan namun masih banyak perkara yang perlu diperbaiki oleh pasukannya ketika ini.

"Jika mahu bercakap perlawanan ini adalah sempurna sudah tentu tidak.

"Ada beberapa perkara yang kami boleh perbaiki, tapi kemenangan tanpa bolos adalah penting hari ini kerana ami bekerjasama untuk mendapatkan keoutusan ini.

"Masih banyak perlu diperbaiki tetapi ia mudah dilakukan dengan kemenangan 1-0 ini," katanya.

Pada perlawanan tersebut, Scott McTominay menjadi wira The Red Devils apabila menanduk masuk gol tunggal perlawanan ketika perlawanan hanya berusia lapan minit.

Villa dilihat gagal memanfaatkan beberapa peluang untuk menjaringkan gol selain kecewa dengan keputusan video bantuan pengadil (VAR) yang membatalkan gol penyamaan Danny Ings pada babak kedua.

Dalam pada itu, Rangnick memuji aksi yang ditampilkan McTominay pada perlawanan tersebut sambi percaya bintang muda itu mampu untuk menggalas tugas sebagai kapten United dalam beberapa tahun lagi.

Artikel Berkaitan:

"Dia (McTominay) merupakan pemain akademi United dan mempunyai tenaga yang menakjubkan.

"Dia kini juga sudah mula untuk menjaringkan gol selain memiliki skil untuk menjadi memimpin pasukan.

"Saya tidak terkejut sekiranya beberapa tahun akan datang dia akan menjadi kapten Manchester United," katanya.