13 pemandu mabuk ditahan

Seorang penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya.
Seorang penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan 13 individu kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi di sekitar ibu kota sejak Jumaat hingga awal pagi Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, kesemua individu berusia 26 hingga 43 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 45 (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut beliau, tangkapan dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh mengikut seksyen yang sama," katanya.

Tambahnya, operasi di Jalan Pahang, Jalan Raja Laut dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) membabitkan seramai lapan pegawai dan 51 anggota JSPT Kuala Lumpur.

Beliau berkata, polis turut menahan lapan lelaki berusia 15 hingga 21 tahun ditahan kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya dengan melakukan aksi zig-zag, roket, Superman serta bersaing.

Antara penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi JSPT Kuala Lumpur.
Antara penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi JSPT Kuala Lumpur.

"Mereka akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurutnya, sebanyak 350 jumlah saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan manakala sembilan buah motosikal disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan1987.

Artikel Berkaitan:

Sarifudin turut memberitahu, pihaknya akan meningkatkan operasi pada hujung minggu bagi mencegah dan membanteras aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai Polis berhampiran," katanya.