Cubaan pecah ATM gagal

Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian yang terletak di Bandar Botanik, Bukit Tinggi pada Jumaat.
Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian yang terletak di Bandar Botanik, Bukit Tinggi pada Jumaat.
A
A
A

KLANG - Sebuah mesin pengeluaran wang (ATM) di sebuah bank di Bandar Botanik, Bukit Tinggi di sini cuba dipecahkan dalam kejadian pagi Jumaat.

Difahamkan, tindakan tersebut bagaimanapun tidak membuahkan hasil apabila pintu besi ATM berkenaan gagal dipecahkan.

Anggota polis menjalankan siasatan di mesin pengeluaran wang (ATM) sebuah bank di Bandar Botanik, Bukit Tinggi di sini yang cuba dipecahkan dalam kejadian pagi Jumaat.
Anggota polis menjalankan siasatan di mesin pengeluaran wang (ATM) sebuah bank di Bandar Botanik, Bukit Tinggi di sini yang cuba dipecahkan dalam kejadian pagi Jumaat.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, polis sedang menjalankan siasatan di lokasi berkenaan.

Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berhubung kejadian.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: