85.7 peratus ketua isi rumah sudah terima Bantuan Wang Ihsan: PM

Mangsa banjir membuat semakan di kaunter semakan pada agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) menerusi Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Lombong Seksyen 29 Shah Alam pada Jumaat. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 44,573 atau 85.7 peratus daripada 52,024 ketua isi rumah telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 setakat 1 tengah hari Jumaat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri menerusi ciapan ringkas di Twitternya berkata, mereka yang belum mendaftar boleh segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pegawai Daerah untuk mendapatkan bantuan segera kerajaan Persekutuan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia antaranya meliputi BWI sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah berbanding RM500 sebelum ini.

Bayaran bantuan berkenaan disalurkan sejak 27 Disember tahun lepas, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir agak luar biasa yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. - Bernama

Artikel Berkaitan: