JKM cari ibu kandung, waris Raisya

Raisya Loey
Raisya Loey
A
A
A

SHAH ALAM - Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Shah Alam sedang mencari seorang waris kepada kanak-kanak perempuan, Raisya Loey berusia tiga tahun.

Menurut kenyataan JKM Shah Alam, ibu kanak-kanak itu dikenali sebagai Dina Henderina Hatan menghilangkan diri dan meninggalkan Raisya ketika berusia dua bulan.

Kenyataan itu memberitahu, JKM memerlukan ibu kandung kepada kanak kanak terbabit bagi tujuan pemeliharaan dan penempatan kanak kanak.

"Satu perintah interim penjagaan telah diambil di Mahkamah Kanak-Kanak Shah Alam pada 23 November 2021 dan telah diletakkan dalam jagaan orang yang layak dan sesuai," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut JKM, kes akan disebut semula pada 25 Januari ini.

"Sehubungan itu, keluarga atau waris atau sesiapa yang mengetahui dan dapat mengesan ibu kandung kanak-kanak ini diminta menghubungi Pejabat JKM Shah Alam di talian 03-5545 8901," katanya.

Artikel Berkaitan: