Tiada rekod vaksin, Australia batal visa Djokovic

Djokovic - foto EPA
Djokovic - foto EPA
A
A
A

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic berkemungkinan tidak dapat mempertahankan trofi Terbuka Australia yang dimenanginya tahun lalu apabila dihalang memasuki negara berkenaan susulan pembatalan visa.

Pembatalan visa berkenaan dibuat berikutan Djokovic gagal mengemukakan sebarang bukti berhubung pengecualian bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Djokovic berkata, dia sememangnya menentang proses vaksinasi berkenaan sejak 2020 lalu.

Malah katanya, dia juga enggan ‘dipaksa’ oleh mana-mana pihak supaya dirinya menerima suntikan vaksin berkenaan.

“Secara peribadi, saya memang menentang proses vaksinasi ini dan saya juga tidak mahu dipaksa oleh sesiapa pun agar menerima suntikan vaksin semata-mata untuk melakukan perjalanan.

“Sekarang ia (vaksinasi) menjadi satu kewajipan, apakah yang akan berlaku? Jadi, sebab itulah, saya perlu membuat keputusan.

“Lagi pun, saya ada pendapat saya sendiri berhubung perkara (vaksinasi) dan sama ada ia akan mengubah sesuatu, saya tidak pasti tentang itu,” katanya.

Untuk rekod Djovkoci yang tiba di Melbourne pada Rabu telah diminta menjalani proses kuarantin di sebuah hotel dan dilaporkan berlepas pulang setelah visa yang dimilikinya dibatalkan bagi menyertai Terbuka Australia 2022 yang dijadualkan berlangsung mulai 17 Januari hingga 30 Januari ini.

Artikel Berkaitan:

Djokovic juga difahamkan telah menghubungi peguamnya berhubung perkara berkenaan khususnya berhubung pembatalan visanya kali ini.