Lelaki maut dua motosikal bertembung

Salah satu motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 57.9 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Keroh, Kuala Krai pada Rabu.
Salah satu motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 57.9 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Keroh, Kuala Krai pada Rabu.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Kilometer 57.9 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Keroh di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, motosikal ditunggang mangsa berusia 41 tahun yang bekerja sendiri itu bertembung dengan sebuah motosikal lain dari laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, setibanya di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha RXZ ditunggang mangsa dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan hilang kawalan.

Beliau berkata, motosikal berkenaan dipercayai berlanggar secara berdepan dengan sebuah motosikal Yamaha Lagenda yang ditunggang remaja berusia 25 tahun.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca dari kecuaian sehingga kenderaan yang dipandu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan lain," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, ujian urin mendapati mangsa positif dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya, penunggang Yamaha Lagenda mengalami kecederaan di kepala dan retak tangan kiri.

"Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: