Lebih 155 tan al-Quran rosak akibat banjir

Shahzihan menerima replika cek sumbangan daripada penyumbang pada majlis pelancaran dana berkenaan di Bangunan Sultan Idris Shah pada Rabu.
Shahzihan menerima replika cek sumbangan daripada penyumbang pada majlis pelancaran dana berkenaan di Bangunan Sultan Idris Shah pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 33 masjid, 90 surau dan 56 Sekolah Rendah Agama (SRA) serta 35 maahad tahfiz swasta mengalami kerosakan akibat banjir besar yang melanda Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kerosakan itu melibatkan struktur tanah, struktur bangunan, elektrikal dan kemudahan asas sedia ada.

"Selain itu, lebih 155 tan naskhah al-Quran di masjid dan surau serta milik pelajar sekolah di bawah kelolaan JAIS rosak.

"Kini al-Quran yang rosak akibat banjir di Selangor ini dalam proses pelupusan yang dijangka selesai sepenuhnya pada Khamis," katanya pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Tabung Dana Wakaf Al-Quran Selangor di Bangunan Sultan Idris Shah di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 50,000 naskhah al-Quran dengan bernilai RM1.5 juta diperlukan menerusi Tabung Dana Wakaf Al-Quran Selangor.

Menurutnya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah bertitah agar dana wakaf al-Quran itu dilaksanakan segera dan diselaraskan JAIS dengan teratur.

"Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan memberikan sumbangan peribadi baginda untuk tujuan mengisi dana ini.

Artikel Berkaitan:

"Sejak dana ini diwujudkan pada bermula Selasa iaitu pada 4 Januari, JAIS telah memperoleh sejumlah RM383,000 nilai sumbangan," katanya.