Gempa magnitud 5.1 landa pantai Taiwan

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan akibat gempa bumi berhampiran perairan Taiwan pada Selasa. - Foto 123RF
Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan akibat gempa bumi berhampiran perairan Taiwan pada Selasa. - Foto 123RF
A
A
A

MOSCOW - Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter direkodkan berhampiran perairan Taiwan pada Selasa, lapor Sputnik.

Menurut Pusat Biro Cuaca pulau itu, gegaran direkodkan pada 7:17 waktu tempatan (23:17 Isnin GMT) di kawasan timur pantai daerah Hualien.

Pusat gempa terletak pada kedalaman 18 kilometer (sekitar 11 batu).

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan akibat gempa dilaporkan.

Sebelum ini, pada Isnin, Pusat Biro Cuaca merekodkan gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah yang sama.

Daerah Hualien kerap dilanda gempa bumi.

Pada 2018, gempa bumi dahsyat bermagnitud 6.4 menggegarkan kawasan itu, mengorbankan 17 orang dan mencederakan 285 yang lain. - Bernama

Artikel Berkaitan: