Gempa magnitud 6.3 landa Kepulauan Ogasawara Jepun

Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Kepulauan Ogasawara, Jepun pada Selasa. - Foto Wikipedia
Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Kepulauan Ogasawara, Jepun pada Selasa. - Foto Wikipedia
A
A
A

TOKYO - Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Kepulauan Ogasawara, Jepun pada Selasa, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Gegaran dirasai pada jam 6.09 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa pada 27.1 darjah utara dan 142.5 darjah timur, dengan kedalaman 70 kilometer.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: