UiTM kampus Pasir Gudang ditutup 5 hari

UiTM kampus Pasir Gudang di Johor. Foto pasirgudang.uitm.edu.my
UiTM kampus Pasir Gudang di Johor. Foto pasirgudang.uitm.edu.my
A
A
A

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) akan menutup kampusnya di Pasir Gudang, Johor selama lima hari.

Menerusi laporan The Star, universiti itu dalam satu kenyataan hari ini, kampus UiTM di Johor akan menghentikan semua operasinya sementara, termasuk sesi kuliah dari Rabu (13 Mac) sehingga Ahad (17 Mac).

Ia berikutan insiden pencemaran akibat pembuangan sisa toksik di bandar itu.

Kerajaan mengarahkan kesemua 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup buat sementara sehingga dimaklumkan kelak.

Menurut UiTM, keputusan itu adalah berdasarkan mesyuarat jawatankuasa operasi bencana negeri cawangan Johor.

"Semua kakitangan kampus dinasihatkan mengambil langkah-langkah keselamatan dengan memakai topeng muka, mengurangkan aktiviti luar, mengelakkan kawasan tercemar, banyak minum air dari sumber yang dirawat.

"(Ia termasuk) mendapatkan rawatan segera sekiranya mereka mengalami simptom seperti sakit mata, kesukaran untuk bernafas dan sakit dada," menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: