Bantuan RM500 kepada mangsa banjir di Johor

Hasni Mohammad
Hasni Mohammad
A
A
A

SEGAMAT- Kerajaan Johor akan menyalurkan bantuan kewangan RM500 kepada penduduk yang terjejas banjir di negeri ini

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, pemberian bantuan itu bagaimanapun akan dibincangkan bersama barisan Exco kerajaan negeri di dalam mesyuarat pada Rabu ini.

"Saya akan bawa perkara ini ke mesyuarat Exco agar bantuan kepada mangsa banjir dapat ditambahkan lagi," katanya pada sidang akhbar di Kem Segamat Batu Anam di sini pada Isnin

Sementara itu, Hasni berkata, kerajaan negeri akan menjadi pemudah cara bagi memastikan bantuan daripada pelbagai agensi dapat diagihkan tepat pada masanya.

Taklimat banjir di Kem Segamat Batu Anam, Segamat yang turut dihadiri Hasni dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien
Taklimat banjir di Kem Segamat Batu Anam, Segamat yang turut dihadiri Hasni dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien

Setakat jam 12 tengah hari Isnin, keseluruhan mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 4,062 orang membabitkan tujuh daerah iaitu Segamat, Kota Tinggi, Kluang, Mersing, Johor Bahru, Tangkak dan Batu Pahat.

Jumlah terbabit melibatkan 1,064 keluarga yang kini ditempatkan di 64 pusat pemindahan sementara (PPS) dengan mangsa banjir paling ramai adalah di Segamat membabitkan 3,284 orang daripada 853 keluarga.

Sementara itu ramalan kaji cuaca, Jabatan Meteorologi Malaysia masih menunjukkan Johor dengan tahap amaran hujan berterusan dan bahaya bagi seluruh negeri pada Isnin.

Artikel Berkaitan: