Aksi berdepan Leicester jadi aksi terakhir Digne

Digne - Foto Sports Illustrated
Digne - Foto Sports Illustrated
A
A
A

PENGENDALI Everton, Rafa Benitez memberikan bayangan bahawa aksi berdepan Leicester City pada 12 Januari dijangka bakal menjadi aksi terakhir pemain pertahanan kiri Everton, Lucas Digne, sebelum menyertai skuad The Foxes pada jendela perpindahan Januari ini.

Menurut Benitez, pemain pertahanan itu tidak beraksi dalam tiga perlawanan terakhir sebelum ini berikutan mengalami kecederaan, namun kembali berada dalam senarai kesebelasan pemain berdepan Brighton, Ahad lalu.

Bagaimanapun, Benitez berkata, dia tidak menurunkan Digne dalam kesebelasan utama pada perlawanan berkenaan, tetapi sebaliknya menurunkan Seamus Coleman selaku pemain pertahanan sayap kiri.

“Kita juga tidak menurunkannya sebagai pemain gantian pada perlawanan berkenaan tetapi dia mungkin beraksi berdepan Leicester nanti.

“Apa yang penting buat kita adalah untuk memiliki pemain yang benar-benar mahu beraksi dengan kelab ini.

“Malah bersedia memberikan yang terbaik untuk rakan-rakan sepasukan termasuk juga kepada penyokong,” katanya.

Untuk rekod, aksi Everton berdepan Leicester pada 11 Januari adalah susulan daripada penangguhan perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 16 Disember lalu.

Sementara itu, Benitez mengesahkan skuad The Toffees itu telah menandatangani seorang pemain pertahanan kiri, Vitaliy Mykolenko pada jendela perpindahan Januari ini.

Artikel Berkaitan:

“Kita memerlukan barisan pemain terbaik dan sebab itu kita tandatangani Mykolenko.

“Kita juga berharap dapat membentuk skuad yang lebih baik selepas ini,” katanya.