DBKL lanjut tempoh permohonan bazar atas talian

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melanjutkan tempoh permohonan Bazar Ramadhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) secara atas talian sehingga 21 Mac ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin berkata, lanjutan tempoh permohonan itu dibuat bagi memberi ruang kepada lebih banyak permohonan berikutan ini merupakan kali pertama DBKL menggunakan kaedah secara atas talian.

Beliau berkata permohonan yang diterima dari 15 Februari sehingga 14 Mac akan mula disemak dan diproses oleh DBKL selepas ini.

"Langkah ini adalah bagi menentukan kelayakan pemohon terlibat untuk proses pengundian," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Norhaslinda berkata maklumat permohonan yang telah diterima dalam tempoh tersebut juga tidak boleh dikemaskini lagi.

Artikel Berkaitan: