X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

6,913 mangsa banjir terima bantuan BSB: MB Selangor

Amirudin Shari
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak RM6.9 juta dibelanjakan untuk membantu 6,913 keluarga yang terjejas akibat banjir menerusi Bantuan Selangor Bangkit (BSB) setakat Ahad.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada jumlah peruntukan BSB sebanyak RM100 juta bagi tujuan berkenaan.

Beliau menerusi ciapannya di Twitter berkata, setiap keluarga yang terjejas akibat banjir menerima bantuan tersebut berjumlah RM1,000 bermula pada Rabu lalu.

"Setakat 2 Januari 2022, sebanyak 6,913 keluarga menerima BSB bernilai RM1,000 dan RM6.913 juta telah dibelanjakan.

"Selain itu, dua keluarga mangsa yang meninggal dunia turut telah menerima RM10,000 seperti pengumuman pada 21 Disember 2021 yang lalu," katanya dalam satu ciapan pada Ahad.

Pada Disember lalu, Amirudin dalam satu sidang media khas mengumumkan Kerajaan negeri Selangor mula mengagihkan bantuan berjumlah RM1,000 mulai Rabu kepada keluarga yang terlibat banjir baru-baru ini.

Kata Amirudin, ia akan diagihkan secara berperingkat kepada mangsa kategori pertama iaitu mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) diwartakan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!