KPPK peruntuk RM500,000 bantu mangsa banjir

Ravi (tengah) bergotong-royong pada Program Misi Bantuan Banjir di Kampung Asahan di sini pada Sabtu.
Ravi (tengah) bergotong-royong pada Program Misi Bantuan Banjir di Kampung Asahan di sini pada Sabtu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kelab Kebajikan dan Sukan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) membelanjakan sebanyak RM500,000 bagi membantu mangsa banjir terjejas di negara ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Ravi Muthayah berkata, bantuan kewangan itu juga turut diperoleh daripada agensi di bawah KPPK.

Menurutnya, antara bantuan dihulur termasuk bantuan kewangan bernilai RM500 setiap keluarga bagi mengurangkan beban terpaksa ditanggung penerima.

"Bantuan RM500 setiap keluarga ini dihulur dalam beberapa siri bantuan banjir di negeri ini termasuklah di Kampung Asahan membabitkan seramai 50 keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar pada Program Misi Bantuan Banjir di Kampung Asahan di sini pada Sabtu.

Ravi berkata, selain bantuan kewangan, KPPK turut menyumbang barangan dapur, tilam dan makanan.

Jelas beliau, KPPK juga sedang berusaha untuk bekerjasama dengan Majlis Kayu Kayan Malaysia bagi memberikan bantuan perabot kepada mangsa banjir terjejas.

"Banyak perabot usang tidak dapat digunakan lagi akibat bencana banjir.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan dapatkan pihak industri bagaimana ingin membantu menyalurkan sumbangan perabot kepada mereka terjejas terutama golongan B40," katanya.

Katanya, misi bantuan kepada mangsa bencana itu akan diteruskan di tiga kawasan di Bentong pada Ahad.

"Sebanyak 30 keluarga akan dibantu di kawasan Karak Setia, Taman Prima Karak dan Kampung Paya Pelantar," katanya.