Tiga sungai di Pahang lepasi paras bahaya

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Tiga sungai di daerah Raub, Lipis dan Bera melepasi paras bahaya pada Sabtu.

Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sungai terbabit ialah Sungai Lipis di Batu Malim di Raub; Sungai Kechau di Kampung Dusun (Lipis) dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang (Bera).

Lima sungai lain pula melepasi paras amaran membabitkan Sungai Lipis di Benta, di Lipis; Sungai Pahang di Paya Gintong (Jerantut); Sungai Dong di Kampung Peruas (Raub); Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi (Bentong) dan Sungai Luit di Kampung Subuh (Maran).

Sebanyak 14 sungai juga melepasi paras waspada termasuk Sungai Kuantan di Pasir Kemudi dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor di Kuantan.

Artikel Berkaitan: