Bengkel, rumah musnah terbakar

Usaha mengawal kebakaran giat dilakukan.
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah bengkel cat kereta dan sebuah rumah separuh kekal di Kampung Kovil Hilir, Sentul di sini terbakar dalam kejadian jam 3.21 petang tadi.

Difahamkan api bermula dari bengkel sebelum merebak ke sebuah rumah berkeluasan 3,000 kaki persegi dengan kebakaran 90 peratus.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, PgB Mohd Hafiz Yaacob berkata, sebanyak enam jentera dan 32 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Hang Tuah dan Titiwangsa dikejarkan ke lokasi bagi mengawal kebakaran dari merebak.

"Jentera pertama tiba kira-kira jam 3.27 petang dan mengambil masa kira 20 minit bagi mengawal kebakaran.

"Pasukan berjaya menyelamatkan sebuah bengkel dan dua buah rumah kediaman daripada terkena api sedang merebak," katanya.

Anggota bomba memadamkan kebakaran.
Anggota bomba memadamkan kebakaran.

Dalam kejadian tersebut, dua buah kereta yang berada dalam bengkel tidak dapat diselamatkan.

"Insiden bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa dan kerja 'overhaul' diteruskan bagi memastikan sisa kebakaran padam sepenuhnya.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.