Kelantan: 1,129 mangsa banjir ditempatkan di 18 PPS

Limpahan air Sungai Kelantan memutuskan jalan yang menghubungkan Kuala Nal dengan Lepan Pauh dan Bukit Sireh, ketika tinjauan Bernama pada Jumaat. - Foto Bernama
Limpahan air Sungai Kelantan memutuskan jalan yang menghubungkan Kuala Nal dengan Lepan Pauh dan Bukit Sireh, ketika tinjauan Bernama pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 1,129 penduduk dari beberapa jajahan di negeri ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 1,070 mangsa petang Jumaat.

Menurut infobencana.jkm, sehingga jam 9 pagi, sebanyak 18 PPS dibuka iaitu melibatkan daerah Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah bagi menempatkan 362 keluarga.

Hujan berterusan di beberapa daerah juga memberi kesan kepada kenaikan air di beberapa sungai utama di negeri ini.

Menurut laman sesawang publicinfo banjir sehingga jam 9 pagi, dua sungai masih berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Lebir di Kampung Tualang.

Selain itu, Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah masih mencatatkan bacaan di paras amaran dan dalam keadaan trend menaik.

Sementara itu, lima sungai lain masih pada tahap waspada iaitu Sungai Galas di Limau Kasturi, Sungai Lebir di Kuala Koh, Kampung Karangan, Sungai Kelantan di Jeti Kastam dan Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah.

Orang ramai terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko dinasihatkan untuk mengambil langkah awal berpindah ke lokasi yang lebih selamat bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Artikel Berkaitan: