Lukaku tidak gembira di London

Romelu Lukaku - Foto AFP
Romelu Lukaku - Foto AFP
A
A
A

PENYERANG sensasi Chelsea, Romelu Lukaku mengakui tidak gembira berada di Stamford Bridge apabila hanya melakukan lapan penampilan bersama The Blues pada musim ini.

Malah bekas pemain Manchester United dan Chelsea tersebut berkata: "Saya tidak gembira dengan situasi sekarang, namun sejujurnya adalah normal. Saya percaya jurulatih memilih untuk menggunakan sistem berbeza dengan pemain yang berbeza.

"Apa pun saya tidak mahu berputus asa, sebaliknya akan terus bekerja keras dan bersikap profesional dalam mengatasi cabaran ini."

Untuk rekod, Lukaku yang mengalami kecederaan dan positif Covid-19 sebelum ini menyaksikan pengendali The Blues, Thomas Tuchel lebih gemar menerapkan formasi tanpa kehadiran pemain Belgium tersebut yang menyertai Chelsea pada Ogos lalu dari Inter Milan selepas memenangi Serie.

Kelab kendalian Tuhel sebelum itu membayar £97.5 juta (RM549 juta) untuk khidmat Lukaku itu yang pernah beraksi dengan kelab milik Roman Abramovich selama tiga musim pada awal kerjayanya.

Artikel Berkaitan: