Jemaah menteri kongsi ucapan Selamat Tahun Baharu

Mohamed Azmin menerusi hantaran di Twitter mengajak rakyat bermunajat kepada ALLAH SWT bagi memohon keselamatan daripada bencana dan musibah.
Mohamed Azmin menerusi hantaran di Twitter mengajak rakyat bermunajat kepada ALLAH SWT bagi memohon keselamatan daripada bencana dan musibah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Membuka tirai tahun 2022, sambutan Tahun Baharu dirai dengan solat hajat, zikir dan doa selamat berikutan musibah banjir di beberapa negeri sebagai tanda menghormati dan bersimpati kepada mangsa terjejas.

Jemaah menteri menerusi hantaran di media sosial berkongsi ucapan Selamat Tahun Baharu ditujukan buat seluruh rakyat, antaranya Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi hantaran di Twitter mengajak rakyat bermunajat kepada ALLAH SWT bagi memohon keselamatan daripada bencana dan musibah.

Selain itu, beliau turut mengajak orang ramai mendoakan kemakmuran ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat yang berkekalan.

Senada dengan beliau, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi hantaran di Facebook, juga mengajak seluruh Keluarga Malaysia memanjatkan doa mengikut amalan, kepercayaan dan agama masing-masing.

“Bersempena kehadiran tahun baharu ini juga marilah kita bersama-sama berazam untuk mencapai apa yang lebih baik dari tahun sebelumnya, memberikan khidmat terbaik kepada keluarga, masyarakat dan negara.

“Marilah juga kita bersama-sama berganding bahu untuk memperkukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian kaum di kalangan kita, seterusnya bersama-sama membangunkan Negara Malaysia tercinta,” katanya.

Selain itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali turut berkongsi ucapan Selamat Tahun Baharu kepada semua rakyat Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: