Vardy terpaksa berehat empat minggu

Vardy terpaksa berehat selama empat minggu selepas mengalami kecederaan hamstring. - Foto gettyimages
Vardy terpaksa berehat selama empat minggu selepas mengalami kecederaan hamstring. - Foto gettyimages
A
A
A

PENYERANG Leicester CIty, Jamie Vardy terpaksa berehat selama empat minggu selepas mengalami kecederaan hamstring.

Pengendali Leicester, Brendan Rodgers memberitahu, Vardy pada mulanya mengalami kecederaan tersebut semasa pertembungan Piala EFL menentang Liverpool, di mana The Foxes tersingkir menerusi sepakan penalti selepas seri 3-3.

Pemain berusia 34 tahun itu sebelum ini direhatkan ketika The Foxes kalah 6-3 menentang Manchester City, namun dia bermain selama 90 minit penuh ketika Leicester menang 1-0 keatas Liverpool yang mana ia memburukkan lagi kecederaan yang dialaminya.

"Saya tidak pasti sama ada dia mendapat kecederaan itu ketika bertembung dengan Joel Matip atau dia sudah alami maslaah itu sebelum ini. Tetapi anda boleh lihat dia boleh berlari dan terus maju dan mahu," kata Rodgers.

"Bagaimanapun selepas imbasan yang telah dilakukan kepada Vardy, ia menunjukkan bahawa dia mungkin direhatkan selama tiga hingga empat minggu.

"Dia merasakan kecederaan itu dalam perlawanan di Liverpool dalam Piala EFL. Jika anda melihat perlawanan itu, pada 30 minit terakhir Vardy gagal beraksi dengan baik tetapi dia masih boleh bermain dan kami ketika itu tidak boleh membuat sebarang perubahan lagi,” katanya.

Untuk rekod, Vardy merupakan pemain ketiga Leicester paling banyak digunakan Liga selepas mencatatkan 1321 minit masa bermain di belakang Caglar Soyuncu (1418) dan Kasper Schmeichel (1620).

Kehilangan Vardy juga bagai satu tamparan hebat buat Rodgers kerana The Foxes akan mengharungi beberapa perlawanan tanpa penyerang senior yang cergas selepas Patson Daka masih belum pulih daripada kecederaan, selain Kelechi Iheanacho kini bersedia untuk bergabung dengan Nigeria pada Piala Negara-Negara Afrika.

Artikel Berkaitan: