Gajah Perang naik minyak di Stadium Nasional

Songkrasin raikan jaringan ketika menentang Indonesia dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Singapura pada Rabu. - Foto AFP
Songkrasin raikan jaringan ketika menentang Indonesia dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Singapura pada Rabu. - Foto AFP
A
A
A

THAILAND hanya sebelah kaki menjulang kejuaraan Piala Suzuki AFF 2020 apabila melakar kemenangan bergaya 4-0 ke atas Indonesia dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Singapura pada Rabu.

Anak buah Alexandré Pölking yang tampil dengan reputasi pilihan terlebih dulu merobek gawang skuad Shin Tae-yong menerusi jaringan Chanathip Songkrasin seawal minit kedua perlawanan untuk mendahului babak pertama.

Bersambung babak kedua, bagaimanapun Gajah Perang terpaksa menunggu sehingga minit ke-52 untuk melebarkan jaringan sekali lagi menerusi Songkrasin diikuti dua lagi jaringan oleh Supachok Sarachart (67') dan Bordin Phala (83') untuk bekalan selesa menjelang timbal balik kedua di venue sama pada Sabtu ini.

Gajah Perang mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan penyandang juara Vietnam 2-0 manakala Garuda pula menewaskan Singapura 5-3 masing-masing secara agregat dalam aksi separuh akhir sebelum ini.

KEPUTUSAN

PIALA SUZUKI AFF 2020

FINAL PERTAMA

Indonesia 0-4 Thailand

Artikel Berkaitan:

2' Chanathip Songkrasin

52' Chanathip Songkrasin

67' Supachok Sarachart

83' Bordin Phala