Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah akan diaktifkan

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KOTA KINABALU - Semua jawatankuasa pengurusan bencana telah diarah untuk diaktifkan sebagai persediaan menghadapi bencana buruk di bahagian pantai timur dan utara Sabah seperti diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan dan pegawai daerah untuk segera mengaktifkan jawatankuasa pengurusan bencana mereka dan sentiasa bersiap siaga terhadap sebarang kemungkinan terutamanya angin kencang, banjir dan tanah runtuh.

“Saya mahu pihak berkuasa tempatan terus membersihkan semua laluan air dan longkang bagi memastikan ia tidak tersumbat sekiranya hujan berterusan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau juga menggesa orang ramai sentiasa cakna amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia dan sentiasa menjaga keselamatan pada setiap masa.

MetMalaysia meramalkan berlaku luruan monsun sehingga 2 Januari yang boleh menyebabkan hujan berterusan di daerah Sabah iaitu di Tawau, Lahad Datu, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran) dan Kudat. - Bernama

Artikel Berkaitan: