Banjir: 110 kes penyakit berjangkit dikesan

Dr Noor Hisham - Foto Bernama
Dr Noor Hisham - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 110 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, tiada kes Covid-19 baharu dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir.

"Bilangan kes yang dilaporkan adalah jangkitan saluran pernafasan akut terdapat 81 kes, penyakit kulit (16) dan acute gastroenteritis (13).

"Jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir kekal 434 kes dan tiada pertambahan kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini dalam kalangan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)," katanya.

Justeru, beliau menasihati mangsa-mangsa banjir untuk elak bermain atau meredah air banjir, sentiasa menjaga kebersihan PPS selain elak daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar.

Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan juga individu yang mempunyai komorbiditi. - Awani

Artikel Berkaitan: