Setiausaha Agung PBB gesa pemulihan jadi 'resolusi untuk 2022'

António Guterres
António Guterres
A
A
A

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam perutusannya sempena Tahun Baharu pada Selasa menggesa semua pihak berusaha ke arah pemulihan yang memberi manfaat kepada manusia, planet dan kemakmuran, lapor Xinhua.

"Dunia mengalu-alukan ketibaan tahun 2022 dengan harapan demi masa depan, yang sebelum ini diuji dengan kemiskinan tegar dan ketidaksamaan yang semakin parah... pengedaran vaksin Covid-19 tidak saksama... gagal memberi komitmen terhadap iklim, konflik berterusan, perpecahan dan maklumat salah.

“Ia "bukan sekadar ujian terhadap dasar," tetapi "ujian moral dan kehidupan sebenar.

“Semua pihak mampu menghadapi ujian ini "sekiranya kita berusaha menjadikan 2022 sebagai tahun pemulihan untuk semua," kata setiausaha agung itu.

Setiausaha Agung PBB itu kemudian menggariskan langkah pemulihan yang perlu dilakukan, serta kepentingan agar setiap individu diberi vaksin terhadap wabak Covid-19.

Bagi pemulihan ekonomi, beliau menekankan bahawa negara kaya harus menyokong negara membangun dengan "pembiayaan, pelaburan, dan pelepasan hutang (debt relief)."

Sementara itu, Guterres menegaskan bahawa tumpuan perlu diberi terhadap "sains, fakta, dan hujah" bagi menangani isu ketidakpercayaan dan perpecahan.

Beliau turut menyatakan bahawa "saat sukar boleh menjadi detik kepada penyatuan dan perpaduan" kerana ia menawarkan peluang "bersatu mencari penyelesaian yang memberi manfaat kepada semua. “Maju ke hadapan bersama-sama, dengan harapan apa yang boleh dicapai oleh keluarga manusia kita."

Artikel Berkaitan:

“Bersama-sama, mari kita jadikan pemulihan sebagai azam kita untuk 2022,” kata setiausaha agung itu sambil mengakhiri ucapannya dengan kata-kata "Saya mengucapkan selamat Tahun Baharu kepada anda semua." - Bernama