Lima pusat ujian bertulis MUET di Pasir Gudang ditutup

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Lima pusat Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) di Pasir Gudang, Johor Bahru yang sepatutnya menjalankan ujian bertulis bagi sesi 1 2019 pada 16 Mac ini ditutup susulan bencana pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim.

Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan berkata, kelima-lima pusat itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Penggawa Timur, SMK Taman Daya, SMK Taman Johor Jaya (1) dan Politeknik Sultan Ibrahim.

"Atas rasa keprihatinan dan simpati kepada calon do daerah Pasir Gudang akibat bencana itu, MPM menunda ujian bertulis MUET Sesi 1 2019 bagi calon-calon di pusat ini (lima pusat yang ditutup) kepada hari Sabtu, 6 April.

"Kesemua calon yang terlibat akan menduduki ujian di pusat yang sama tanpa sebarang caj tambahan," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, calon-calon yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi MPM di talian 03-6126 1662/03-6126 1666 atau hubungi Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan semalam, memutuskan untuk menutup 111 buah sekolah di daerah Pasir Gudang, Johor Bahru susulan bencana sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim.

Artikel Berkaitan: