Pelajar buta mata kanan cemerlang SPM

Ahmad Shahir Safwan (tengah) bersama ibu dan bapanya, Salwanu Ambak dan Ahmad Sabri Omar melihat keputusan SPM yang diperoleh hari ini.
Ahmad Shahir Safwan (tengah) bersama ibu dan bapanya, Salwanu Ambak dan Ahmad Sabri Omar melihat keputusan SPM yang diperoleh hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar yang mengalami masalah penglihatan dan buta mata kanan akibat penyakit glaukoma mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang diumumkan, hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Abang, Dungun, Ahmad Shahir Safwan Ahmaf Sabri, 18, mendapat 5A termasuk satu A+ bagi subjek Pendidikan Syariah Islamiah.

Keputusan cemerlang yang dicapai itu membolehkan dia tersenarai sebagai Calon Berkeperluan Khas (CBK) terbaik Terengganu.

Anak kepada pasangan pengawal keselamatan dan guru itu berkata, dia mengalami kerosakan saraf optik pada mata sebelah kanan manakala mata sebelah kiri cuma boleh berfungsi 20 peratus.

“Saya disahkan menghidapi glaukoma sejak dua tahun lalu ketika di tingkatan tiga. Pada mulanya, saya banyak rahsiakan keadaan diri daripada pengetahuan ibu bapa saya sebab tak nak mereka susah hati.

“Sehinggalah satu ketika memang saya dah tak boleh melihat langsung. Ibu bapa saya bawa ke hospital untuk pemeriksaan dan disahkan menghidap penyakit itu,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman SPM 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, di sini.

Artikel Berkaitan: