Budak tiga tahun maut didera ibu, teman lelaki

PDRM
PDRM
A
A
A

KLANG - Polis menahan sepasang kekasih kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sehingga meninggal dunia pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hong Foong berkata, pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada jam 6.20 petang pada Jumaat.

"Mangsa dibawa ke hospital oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia.

"Hasil siasatan mendapati terdapat kesan lebam pada keseluruhan badan mangsa dan disyaki telah didera serta dipukul dengan menggunakan kayu, tali pinggang dan penyangkut baju sehingga meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, ibu mangsa yang berusia 27 tahun ditahan bersama teman lelakinya dan direman enam hari bermula Sabtu sehingga 30 Disember untuk membantu siasatan.

"Kes masih dalam siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: