MCA sepatut keluar sebelum PRU14

Md Alwi Che Ahmad
Md Alwi Che Ahmad
A
A
A

KOTA BHARU - MCA sepatutnya membuat keputusan keluar dari komponen BN sebelum PRU14, bukan membubarkan BN yang ‘didiami’ dan berteduh selama ini.

Setiausaha BN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, jika benar rumah BN ini tidak sesuai untuk diduduki parti itu, maka mereka dipersilakan keluar, bukannya merobohkannya daripada didiami orang lain.

“Dia rasa rumah BN tak sesuai, dia keluarlah. Kenapa nak runtuhkan? Umno, MIC, PPP dan PRS sedang bernaung. Banyak lagi nak masuk (BN).

“Kenapa perlunya runtuhkan rumah besar jika hanya satu bilik sahaja yang bocor teruk, sedangkan bilik lain tidak bocor dan tidak rosak,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Artikel Berkaitan: