Tuchel resah pertambahan pemain cedera

Thiago Silva disahkan tidak boleh beraksi kerana masih belum pulih daripada kecederaan. - Foto Getty Images
Thiago Silva disahkan tidak boleh beraksi kerana masih belum pulih daripada kecederaan. - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel resah menjelang aksi berdepan Brighton pada Khamis berikutan pertambahan pemain yang mengalami kecederaan.

Menurut Tuchel, berdasarkan kepada laporan perubatan, dua tonggak, N’Golo Kante dan Thiago Silva disahkan tidak boleh beraksi kerana masih belum pulih daripada kecederaan masing-masing.

“Kedua-dua pemain ini mengalami kecederaan setelah beraksi menewaskan Aston Villa 3-1 sebelum ini dan ia sekali gus menyaksikan mereka (Kante dan Silva), hampir pasti tidak diturunkan pada Khamis.

“Ternyata, perkhabaran ini cukup meresahkan kerana ia melibatkan pertambahan kepada senarai pemain-pemain yang mengalami kecederaan ketika ini,” katanya.

Kecederaan Kante dan Silva itu secara tidak langsung telah menambahkan lagi bilangan pemain skuad The Blues itu yang mengalami kecederaan ketika ini.

Untuk rekod, selain Kante dan Silva, skuad The Blues itu turut berdepan masalah kecederaan Ben Chilwell, Timo Werner dan Kai Havertz.

Dalam pada itu seorang lagi pemain, Ruben Lotus-Cheek pula kini menjalani proses isolasi setelah dikesan memiliki kontak rapat dengan individu yang dijangkiti Covid-19.

Mengulas lanjut, Tuchel mengharapkan agar pemain-pemain yang beraksi Khamis ini dapat beraksi sebaik mungkin dalam usaha menghasilkan keputusan yang positif.

Artikel Berkaitan:

Katanya, biarpun masa agak suntuk bagi menyediakan pemain, namun Tuchel tetap percaya kesebelasan The Blues dapat menghasilkan sesuatu pada perlawanan berkenaan.

“Biarpun kesuntukan masa, kita tetap yakin bahawa pemain-pemain yang beraksi nanti dapat menghasilkan ‘sesuatu’ nanti bagi menghasilkan kejayaan buat pasukan,” katanya.