Atikah, Awi tak jadi kahwin...

Gambar Atikah Suhaime dan Awi Rafael pada majlis pertunangan mereka.
Gambar Atikah Suhaime dan Awi Rafael pada majlis pertunangan mereka.
A
A
A

MAJLIS perkahwinan selebriti dari Singapura Atikah Suhaime dan Awi Rafael yang sepatutnya berlangsung pada Ahad ini 17 Mac dibatalkan pada saat akhir.

Berita itu diumumkan sendiri oleh Atikah menerusi akaun Instagram (IG)nya.

Atikah berkata mereka bekerja keras untuk merealisasikan impian untuk bergelar suami isteri, tetapi mungkin tidak cukup kuat berjuang untuk terus mempertahankan cinta mereka.

"Dengan hati yang sangat berat, saya memberitahu bahawa perkahwinan kami Ahad ini dibatalkan. (With a very heavy heart, I regret to inform you that our wedding this Sunday is cancelled).

"Awi dan saya telah bekerja keras, atau mungkin saya tidak cukup berjuang untuk cinta kami. (Awi and I have worked very hard, or perhaps I didn't fight enough for our love)," tulisnya.

Atikah menyatakan Awi adalah seorang lelaki yang terbaik serta berharap hubungan mereka akan kekal baik.

"Saya berterima kasih kepada Awi kerana menjaga saya ketika menjadi tunangannya. (I thank Awi for taking care of me when I was his fiance).

"Kamu adalah yang terbaik. Saya harap kita akan kekal sebagai teman rapat seperti selama ini. (You're the best I can ever wish for. I hope we will remain close confidants like how we used to all these years)," tulisnya lagi.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Artis kelahiran Singapura ini juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga Awi dan keluarganya sendiri yang telah menjadi tunjang utama untuk dirinya.

"Saya berterima kasih kepada keluarganya kerana sentiasa bersama saya. (I thank his family for always being there for me).

"Dan juga keluarga saya kerana sentiasa menyokong saya selama ini. (And also my family for being the greatest support).

"Mungkin Tuhan ada perancangan berbeza untuk kita. (Perhaps God has different plans for us).

Bagaimanapun, entri di IGnya itu sudah dipadam semalam.

Atikah dan Awi mengikat tali pertunangan pada 17 Mac lalu dan dijangka berkahwin pada Ahad ini.