Polis pantau aktiviti ah long di kawasan banjir

Polis pantau aktiviti sindiket pinjaman wang tanpa lesen yang didakwa mengambil kesempatan terhadap mangsa banjir.
Polis pantau aktiviti sindiket pinjaman wang tanpa lesen yang didakwa mengambil kesempatan terhadap mangsa banjir.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menggerakkan anggota dan pegawainya untuk memantau aktiviti sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ah long yang didakwa mengambil kesempatan terhadap mangsa banjir di beberapa kawasan yang terjejas di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, kesemua sumber digerakkan bukan sahaja membantu masyarakat dalam pasca banjir malah membanteras sindiket ah long.

"Dalam soal ini, saya percaya Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed telah mengambil tindakan sewajarnya.

"Satu balai dibahagikan kepada beberapa sektor dengan setiap sektor ada seorang anggota polis, semua sumber ini akan digunakan untuk memberikan bantuan sama ada dari sudut nasihat, keselamatan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang akhbar penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Isnin.

Pada Isnin, sebuah media tempatan melaporkan terdapat sindiket ah long yang cuba mengambil kesempatan dengan menawarkan pinjaman kepada mangsa banjir.

Ah long bertindak mengambil kesempatan terhadap mereka yang terjejas serta mengalami masalah kewangan akibat harta benda yang musnah ketika banjir baru-baru ini.

Selain bertindak berani dengan bersemuka dengan penduduk terlibat, ah long turut menyamar sebagai wakil daripada beberapa agensi dengan menghubungi mangsa yang terlibat.

Artikel Berkaitan: