SPM: Pesakit kanser limfoma peroleh 9A

Nor Ain mencium anaknya, Mohd Adham yang mendapat 9A SPM di SMK Dato Penggawa Barat.
A
A

PONTIAN- Menghidap kanser limfoma sejak tiga tahun lalu, tidak menghalang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Barat memperoleh keputusan cemerlang 9A.

Mohd Adham Mohd Arif, 19 yang mendapat keputusan 4A+ dan 5A pernah menangguhkan sesi persekolahan selama setahun kerana perlu menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Sultanah Aminah ( HSA), Johor Bahru.

Anak ke lima dari enam beradik menjadi harapan keluarga selepas ayahnya meninggal sebelas tahun lalu, terus bersemangat mendapatkan keputusan cemerlang biarpun berdepan kesakitan.

“Pada mulanya selalu demam dan kemudian ada benjolan besar sebesar penumbok di bahagian dada.

“Selepas menjalani imbasan x-ray dan rujuk doktor pakar, saya disahkan menghidap penyakit kanser limfoma,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman keputusan SPM SMK Dato Penggawa Barat, hari ini.

Mohd Adham yang ditemani ibunya Nor Ain M Yusof sebak menceritakan detik berdepan rawatan kimoterapi yang sukar digambarkan kesakitannya dengan kata-kata.

“Ketika itu berat badan saya susut 10kg selepas menjalani tujuh kali kimoterapi dalam tempoh lapan bulan.

“Saya tetap bersemangat berdepan rawatan kimoterapi kerana mahu sembuh. Saya mahu berjaya dan bantu ibu yang kini berniaga mi kuning di Kampung Rimba Terjun,” katanya.

Berkongsi kisah kejayaannya mendapat keputusan cemerlang SPM, Mohd Adham berkata tiada petua khusus yang digunakan untuk berjaya sebaliknya perlu berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.

“Fokus ketika guru mengajar di kelas, sekiranya tidak faham lekas-lekas tanya dan jangan malu.

“Paling penting sentiasa buat latihan dan selalu ulangkaji pelajaran. Belajar bersama rakan-rakan juga membantu tingkatkan kefahaman,” katanya.

Mohd Adham berkata dia bercita-cita mahu menjadi doktor kerana mahu merawat pesakit kanser seperti dirinya lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak dan pelajar sekolah.

Sementara itu, Pengetua Mohd Shapri Mohd Yusof berkata Mohd Adham merupakan antara 21 pelajar yang mendapat A bagi semua subjek yang diambil.

Pencapaian cemerlang SMK Dato Penggawa Barat yang merupakan sekolah berprestasi tinggi diteruskan pada tahun ini apabila berjaya mencatat gred purata sekolah ( GPS) sebanyak 2.39.

Seorang calon yang mengalami masalah pendengaran, Mohd Zunnur Abrar Zulkarnain, 18 menerima Anugerah Kecemerlangan SPM 2018 negeri Johor bagi kategori cacat pendengaran.

Mohd Shapri berkata kejayaan cemerlang SPM diperingkat sekolah merupakan hasil kerjasama guru, ibu bapa, alumni dan komuniti masyarakat yang menyokong setiap program yang diadakan di sekolah.

Pesakit kanser limfoma peroleh 9A SPM PONTIAN - Menghidap kanser limfoma sejak tiga tahun lalu, tidak menghalang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Barat memperoleh keputusan cemerlang 9A. Mohd Adham Mohd Arif, 19, yang mendapat keputusan 4A+ dan 5A pernah menangguhkan sesi persekolahan selama setahun kerana perlu menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. Anak kelima dari enam beradik menjadi harapan keluarga selepas ayahnya meninggal dunia 11 tahun lalu, terus bersemangat mendapatkan keputusan cemerlang biarpun berdepan kesakitan. “Pada mulanya selalu demam dan kemudian ada benjolan sebesar penumbuk di dada. “Selepas menjalani imbasan X-ray dan rujuk doktor pakar, saya disahkan menghidap penyakit kanser limfoma,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman keputusan SPM SMK Dato Penggawa Barat,hari ini. Mohd Adham yang ditemani ibunya, Nor Ain M Yusof sebak menceritakan detik berdepan rawatan kimoterapi yang sukar digambarkan kesakitannya dengan kata-kata. Laporan MOJO Sinar Harian Pontian: NOR AZURA MD AMIN

Posted by Sinar Harian Edisi Johor on Thursday, March 14, 2019