Dua kes Omicron libatkan jemaah umrah dari Johor

VIDYANANTHAN
VIDYANANTHAN
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua kes Omicron melibatkan pasangan suami isteri jemaah umrah yang tiba dari Arab Saudi di negeri ini dilaporkan pada Sabtu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, pasangan suami isteri itu menunaikan umrah pada 4 Disember dan pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) pada 16 Disember lalu.

Bagaimanapun, ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) di pintu masuk antarabangsa pada 18 Disember mendapati mereka positif varian itu.

"Sampel PCR sebelum itu dihantar ke Institue Of Medical Research (IMR) bagi menjalani proses jujukan genom," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

"Pasangan suami isteri itu kini sedang menjalani isolasi di rumah mereka di Johor Bahru dan kesemua kontak rapat juga telah dikenalpasti selain diberikan arahan pengasingan dan pemerhatian di rumah.

Vidyananthan mengingatkan semua rakyat Johor yang pulang dari luar negara khususnya dari umrah mematuhi arahan kuarantin wajib yang diberikan.

"Kegagalan mematuhi arahan terbabit akan menyebabkan penularan jangkitan Covid-19 termasuk varian Omicron dalam kalangan ahli keluarga dan komuniti," katanya.

Pada Sabtu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan mengesan 49 kes baharu varian Omicron di Malaysia sehingga semalam.

Artikel Berkaitan: