Netizen diminta bantu kesan 115 individu dikehendaki

Fazlysham (depan) menunjukkan sebahagian daripada 115 individu dikehendaki.
Fazlysham (depan) menunjukkan sebahagian daripada 115 individu dikehendaki.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 115 individu dikehendaki Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor sedang dikesan bagi membantu siasatan polis ke atas pelbagai kes jenayah di negeri ini.

Ketua JSJK Selangor, Asisten Komisioner Fazlysham Abd Majid berkata, 115 individu itu terdiri daripada 29 wanita dan selebihnya lelaki.

"Ia melibatkan kes jenayah dari tahun 2003 hingga Februari 2019 dan pecahan kategori jenayah adalah 94 kes tipu, 15 pecah amanah, empat Akta Penapisan Filem dan masing-masing satu bagi kes di bawah Akta Pinjaman Wang dan Akta Jenayah Komputer.

"Kesemua mereka berusia 19 hingga 60 tahun. Daripada jumlah itu, seramai 31 individu berusia antara 20 hingga 30 tahun, 37 individu berusia 31 hingga 40 tahun, 29 individu berusia 41 hingga 50 tahun dan 18 individu berusia 50 hingga 60 tahun," katanya kepada pemberita di Bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Fazlysham berkata, polis masih berterusan mengesan individu dikehendaki ini walaupun kes telah berlaku lama.

"Ada di antara mereka yang dikesan telah meninggalkan negara ini dan sebahagian besarnya masih lagi bersembunyi di negara ini.

"Bagaimanapun, polis sentiasa membuka ruang dan mengalu-alukan individu dikehendaki ini untuk secara sukarela tampil memberi kerjasama kepada polis," katanya.

"Kesemua 115 gambar individu yang dikehendaki ini berserta nama dan alamat terakhir mereka akan dipaparkan di Facebook rasmi Polis Selangor.

Artikel Berkaitan:

"Netizen juga antara kelompok yang dilihat mampu membantu polis untuk mengesan individu dikehendaki ini.

"Dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan individu dikehendaki itu, boleh menyalurkan maklumat kepada polis di mana-mana balai polis berhampiran," katanya lagi.