Ops Yaman 2: Zahid persoal Timbalan Menteri Pertahanan

image (5)
image (5)
A
A
A
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong yang mendakwa Ops Yaman tidak mendapat kelulusan Kabinet.

Beliau menegaskan bahawa Chin Tong tidak berada dalam Mesyuarat Kabinet ketika Ops Yaman 2 dibincang dan diputuskan.

"Saya nak tanya dulu, adakah beliau (Chin Tong) terlibat dalam mesyuarat Kabinet ketika itu?” katanya ringkas ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Chin Tong berkata, Ops Yaman 2 tidak mendapat kelulusan pentadbiran terdahulu susulan tiada keputusan Kabinet berhubung gerakan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi membantu pakatan ketenteraan Arab Saudi.

"Ops Yaman 2 berakhir pada 4 September 2018, selepas kerajaan ketika ini membuat keputusan menarik balik pasukan ATM dari Arab Saudi atas sebab tidak selaras dengan dasar berkecuali Malaysia,” katanya dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat.
Artikel Berkaitan:


Beliau menjawab soalan Chang Lih Kang (PH-Tanjong Malim) yang meminta penjelasan berhubung tugas pasukan ATM yang berpangkalan di Riyadh dan jumlah rakyat Malaysia serta anggota tentera di Yaman.