Harleein kuasai Terbuka Remaja AS

Harleein Tan (kiri) meneruskan kecemerlangan apabila merangkul juara kejohanan Terbuka Remaja Amerika Syarikat (AS) 2021 di Philadelphia, Pennsylvania, Selasa lalu. - Foto Squash Racquets Association of Malaysia

A
A
A

BINTANG skuasy muda, Harleein Tan meneruskan kecemerlangan apabila merangkul juara kejohanan Terbuka Remaja Amerika Syarikat (AS) 2021 di Philadelphia, Pennsylvania, Selasa lalu.

Dalam kategori bawah 13 tahun (GU13), Harleein membuktikan penguasaannya dalam perlawanan itu selepas menewaskan pemain Mesir, Maya Mandour 11-6, 8-11, 13-11, 11-6.

Pemain kelahiran Negeri Sembilan itu sebelum ini mencipta sensasi selepas memenangi Terbuka Remaja Britain tahun lepas selain pelbagai kejohanan berprestij termasuk Terbuka Remaja Singapura dua kali dan Terbuka Remaja Hong Kong.

Sementara itu, Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) menerusi hantaran di Facebook mengucapkan tahniah kepada Harleein atas pencapaian cemerlangnya itu.

“Tahniah dan syabas kerana memenangi Terbuka Remaja AS GU13 2021. Syabas kepada Persatuan Skuasy Negeri Sembilan, ibu bapa dan keluarga Harleein Tan,” menurut hantaran itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: