Lebuhraya KL-Karak kembali dibuka jam 6 petang

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang terjejas akibat banjir dibuka secara berperingkat bermula jam 6 petang Jumaat. - Foto Bernama
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang terjejas akibat banjir dibuka secara berperingkat bermula jam 6 petang Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM – Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang terjejas akibat banjir dibuka secara berperingkat bermula jam 6 petang Jumaat.

ANIH Berhad dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, kerja-kerja pembersihan dan membaik pulih di sepanjang lebuh raya itu hampir selesai.

Menurut kenyataan itu, pengguna dinasihati berhati-hati dan mematuhi tanda arah apabila menghampiri laluan kontra di Sungai Dua iaitu di KM74.8 sehingga KM77.3.

“Pengguna yang ingin ke laluan Pekan Karak perlu membuat pusingan U sebelum Tol Karak dan seterusnya keluar di susur keluar menghala ke Karak.

“Laluan di KM76 sehingga KM78.8 (Karak) masih ditutup untuk kerja-kerja pembersihan.

"Bagi laluan menghala ke Kuala Lumpur pula, hanya lorong laju dibuka iaitu di Bentong bermula dari KM66 sehingga KM70,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, semua pengguna dinasihati mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dan petugas lebuh raya.

“ANIH sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan kerana keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh melayari laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau boleh menghubungi talian hotline LLM di talian 1800-88-7752 dan LPT Line di 095479111/1-700-818-700.